Monday, November 16, 2009

KidsKnowit Network


Ini adalah portal yang sesuai untuk membantu kanak-kanak belajar. Ada banyak maklumat yang sesuai teruatamanya untuk subjek biologi/sains. Portal ini menyediakan game pendidikan, aktiviti, worksheet dan kelas atas-talian. Semuanya percuma.


Saya sendiri belum explore sepenuhnya portal ni, kalau ada antara rakan pendidik yang dah explore, bolehlah tinggalkan pendapat melalui komentar. Saya juga mengalu-alukan dari rakan pendidik untuk menjadi author blog ini. Kalau ramai yang sumbang artikel, hidup sikit blog ini.

Untuk request jadi author, emel saya, Iskandar di iskandar.abdulrashid@gmail.com


Wednesday, March 19, 2008

Free-Clipart-Pictures.net

Terdapat banyak tapak sesawang yang menyediakan clipart secara percuma. Clipart adalah grafik komputer (lukisan) yang sedia untuk digunakan. Perisian pemproses kata seperti Microsoft Word dan OpenOffice.org ada mempunyai koleksinya yang tersendiri. Bagaimanapun, guru mungkin memerlukan clipart yang lain yang tiada dalam koleksi pemproses kata tersebut.
Tapak sesawang yang membekalkan banyak clipart secara percuma ialah Free-Clipart-Pictures.net. Tapak sesawang ini boleh dicapai melalui URL berikut:
http://www.free-clipart-pictures.net/
Untuk pamerkan clipart, cikgu perlu klik pada pautan yang berkaitan yang dikehendaki. Senarai pautan ada dipamerkan di bahagian bawah laman.
Cikgu boleh salin clipart ke dalam ruang ingatan sementara komputer (clipboard) menggunakan arahan Copy. Untuk tampal ke dalam dokumen pemproses kata, gunakan arahan Paste.





Rajah 1: Tapak sesawang Free-Clipart-Pictures.net mengandungi banyak clipart yang disusun ke dalam kategori.

Cikgu boleh juga salin fail clipart ke dalam komputer menggunakan arahan Save File. Untuk salin fail clipart ke dalam komputer, ikut langkah berikut.



  • Gerakkan penuding tetikus ke atas clipart yang ingin disimpan.


  • Klik-kanan butang tetikus untuk pamerkan menu-pintas.


  • Menu-pintas dipamerkan. Pilih opsyen Save Picture As (Rajah 2, Label 1).





Rajah 2: Arahan Save Picture As.



  • Tetingkap Save Picture dipamerkan. Lihat Rajah 3 untuk rujukan. Pilih lokasi untuk simpan fail. Klik bebutang Save (Rajah 3, Label 1) untuk simpan fail.


Rajah 3: Tetingkap Save Picture. Bebutang Save dilabelkan 2.

Fail disimpan ke dalam komputer.

  • Buka folder sasaran. Fail clipart yang disimpan dipamerkan.

Selain dari tapak sesawang yang dibincangkan, cikgu boleh dapatkan clipart percuma dari tapak sesawang berikut:
http://www.freeschoolclipart.com/
http://classroomclipart.com
http://www.ace-clipart

Monday, March 10, 2008

LearningandTeaching.info

Laman TeachingandLearning.info boleh dicapai melalui URL berikut:
http://www.learningandteaching.info/
Ia mengandungi maklumat tentang pengajaran. Ia amat sesuai untuk bakal guru yang sedang belajar cara mengajar dan cikgu yang baru.





Rajah 1: Laman LearningandTeaching.info mengandungi maklumat tentang pengajaran.

Laman ini dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu;


1. Learning, yang mengandungi maklumat tentang teori pembelajaran yang lengkap dengan rujukan. Walaupun maklumat yang diberi hanya maklumat ringkas, guru boleh mendapatkan maklumat yang lebih banyak dengan merujuk kepada pautan rujukan yang diberikan. Misalnya Rajah 11 menunjukkan laman Piaget Developmental Psychology.





Rajah 2: Laman Piaget’s Developmental Psychology.


2. Teaching, yang menumpukan perhatian kepada praktis mengajar. Bahagian ini mengandungi maklumat tentang kurikulum, kaedah, media, penilaian dan lain-lain. Kandungan dipamerkan dalam bentuk peta minda (lihat Rajah 12) supaya mudah guru melihat kaitan antara topik yang dibincangkan.




Rajah 3: Pautan How to teach dipamerkan dalam bentuk peta minda.

3. Bahagian ke tiga ialah Discovery, yang mengandungi bahan berkaitan dengan pendapat serta pengalaman pembangun tapak sesawang tersebut, iaitu James Atherton.




Rajah 4: Contoh laman Discovery.

Pengarang merasakan guru perlu terus belajar serta mencari kaedah baru untuk membantu murid mencapai objektif pembelajaran dan aspirasi negara sebagaimana yang dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Saturday, March 8, 2008

Website PPK


Kalau dibincangkan tentang pendidikan di Malaysia, cikgu mesti tahu perkembangan terkini yang berlaku dalam arena pendidikan negara. Tapak sesawang yang terbaik untuk cikgu kunjungi ialah tapak sesawang rasmi Pusat Kembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tapak sesawang PPK boleh dicapai melalui URL berikut:


http://www.ppk.gov.my/



Laman utama PPK.











Rajah 1: Laman utama Pusat Kembangan Kurikulum.

Laman ini mengandungi maklumat tentang PPK serta bahan terbitannya. Guru juga boleh memuat-turun dokumen yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Misalnya guru boleh muat-turun dokumen Huraian dan Sukatan Pelajaran Malaysia.



Rajah 2: Laman memuat-turun Huraian dan Sukatan Pelajaran Malaysia.

Friday, March 7, 2008

Tapak Sesawang Direktori

Selain dari membuat carian melalui enjin gelintar, cikgu juga boleh membuat carian dari senarai direktori yang disusun mengikut kategori.

Dalam Yahoo, laman sesawang direktori boleh dicapai menggunakan URL berikut:
http://dir.yahoo.com/

Rajah 2 menunjukkan laman utama Yahoo Directory. Alatan yang berkaitan dengan pendidikan diletakkan dalam pautan Education sebagaimana Label 2.
Lazimnya, guru menggunakan laman direktori untuk membuat carian jika guru ada mempunyai masa terluang. Senarai yang dipamerkan dalam laman direktori banyak membantu kerana senarai ini disediakan oleh orang tertentu. Jadi senarainya lebih berguna. Ini berbeza dengan laman carian kerana laman carian, senarai yang dipamerkan dicari oleh perisian.


Laman Yahoo Directory.

Rajah 2: Laman Yahoo Directory.


Selain dari senarai dalam Yahoo Direktori, cikgu juga boleh gunakan laman Open Directory Project atau lebih dikenali dengan singkatan DMOZ.

Ia boleh dicapai melalui URL berikut:

http://www.dmoz.org/

Laman ini mempunyai senarai laman sesawang pendidikan yang besar yang pasti berguna untuk cikgu. Rajah 3 menunjukkan laman kategori Homework Help yang mempunyai senarai laman sesawang yang dapat membantu pelajar menyiapkan kerja sekolah.

Laman Homework Help dalam tapak sesawang DMOZ.

Rajah 3: Laman Homework Help dalam tapak sesawang DMOZ.

Laman Enjin Gelintar

Tapak sesawang yang paling penting dan amat berguna untuk cikgu ialah tapak sesawang enjin gelintar. Enjin gelintar adalah istilah rasmi untuk enjin carian.

Tapak sesawang yang saya selalu gunakan ialah Google.com.my. Ia boleh dicapai melalui URL berikut:

http://www.google.com.my/

Mengapa tapak sesawang enjin gelintar penting untuk cikgu? Ia penting kerana ia dapat membantu cikgu mencari bahan. Internet adalah suatu yang luas. Ada banyak maklumat yang boleh dicapai melaluinya, tetapi cikgu perlu tahu alamat atau lokasi bahan tersebut. Dengan menggunakan enjin gelintar, cikgu hanya perlu taipkan kata kunci yang berkaitan dengan bahan yang cikgu kehendaki. Enjin gelintar akan membuat padanan dengan maklumat yang ada dalam pangkalan datanya dan mempamerkan senarai hasil carian ke dalam lamannya. Cikgu perlu klik pautan yang berkenaan untuk mempamerkan laman sesawang yang cikgu kehendaki.


Dengan Google, cikgu boleh juga buat carian khas. Misalnya, jika cikgu ingin mencari maksud perkataan, tambahkan kata kunci "define". Katakan cikgu ingin mencari maksud "perennial", cikgu taipkan "define: perennial" ke dalam medan carian.



Laman hasil carian Google.

Rajah 1: Laman hasil carian Google.



Selain dari Google, cikgu boleh juga membuat carian melalui Yahoo. Ia boleh dicapai melalui alamat (URL) berikut:


http://www.yahoo.com/

Apa yang cikgu boleh dapat melalui Internet?

Ada banyak bahan serta alatan yang cikgu boleh dapat melalui Internet. Gambar digital dan clipart boleh digunakan dalam flashcard serta nota yang cikgu sediakan untuk pelajar. Cikgu juga boleh dapatkan contoh rancangan pengajaran. Ini pasti memudahkan cikgu membuat persediaan dan mencari idea baru untuk mengajar.

Cikgu juga boleh dapatkan perisian (software) untuk uruskan kelas. Ada banyak alatan (tool) yang boleh diperolehi atau dicapai melalui Internet yang dapat membantu guru menyimpan pelbagai maklumat seperti maklumat peribadi pelajar, gred, membuat analisis markah serta berkomunikasi dengan penjaga.

Cikgu juga dapat gunakan Internet untuk menghebahkan idea yang mereka gunakan ketika mengajar. Seorang pendidik yang minat tentang kerjayanya akan sentiasa mencari kaedah baru untuk menyelesaikan masalah serta menambah baik mutu pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilakukan dengan lebih tersusun melalui kajian tindakan (action research).

Cikgu boleh hebahkan hasil kajian dapatan mereka melalui laman web, iaitu dokumen yang diletakkan dalam hos sesawang (web host) yang boleh dicapai melalui Internet. Dengan cara ini, cikgu dapat berkongsi maklumat dan mendapat malum balas dari guru-guru lain.

Cikgu juga dapat menyertai senarai mel (mailing list) atau mana-mana kumpulan guru. Ada banyak kumpulan yang ada dalam Internet. Dengan menjadi ahli kumpulan, cikgu dapat baca arkib utusan yang pernah dihantar ke kumpulan tersebut. Cikgu juga dapat poskan soalan ke kumpulan sekiranya menghadapi masalah. Ada ramai pakar yang bersedia membantu cikgu dengan berhubung melalui Internet.

Sekiranya cikgu ada banyak masa yang terluang, ckgu boleh juga buka kumpulan sendiri. Ada banyak tapak sesawang yang menyediakan perkhidmatan kumpulan secara percuma.