Friday, March 7, 2008

Laman Enjin Gelintar

Tapak sesawang yang paling penting dan amat berguna untuk cikgu ialah tapak sesawang enjin gelintar. Enjin gelintar adalah istilah rasmi untuk enjin carian.

Tapak sesawang yang saya selalu gunakan ialah Google.com.my. Ia boleh dicapai melalui URL berikut:

http://www.google.com.my/

Mengapa tapak sesawang enjin gelintar penting untuk cikgu? Ia penting kerana ia dapat membantu cikgu mencari bahan. Internet adalah suatu yang luas. Ada banyak maklumat yang boleh dicapai melaluinya, tetapi cikgu perlu tahu alamat atau lokasi bahan tersebut. Dengan menggunakan enjin gelintar, cikgu hanya perlu taipkan kata kunci yang berkaitan dengan bahan yang cikgu kehendaki. Enjin gelintar akan membuat padanan dengan maklumat yang ada dalam pangkalan datanya dan mempamerkan senarai hasil carian ke dalam lamannya. Cikgu perlu klik pautan yang berkenaan untuk mempamerkan laman sesawang yang cikgu kehendaki.


Dengan Google, cikgu boleh juga buat carian khas. Misalnya, jika cikgu ingin mencari maksud perkataan, tambahkan kata kunci "define". Katakan cikgu ingin mencari maksud "perennial", cikgu taipkan "define: perennial" ke dalam medan carian.



Laman hasil carian Google.

Rajah 1: Laman hasil carian Google.



Selain dari Google, cikgu boleh juga membuat carian melalui Yahoo. Ia boleh dicapai melalui alamat (URL) berikut:


http://www.yahoo.com/

No comments: