Tapak sesawang yang membekalkan banyak clipart secara percuma ialah Free-Clipart-Pictures.net. Tapak sesawang ini boleh dicapai melalui URL berikut:
http://www.free-clipart-pictures.net/
Untuk pamerkan clipart, cikgu perlu klik pada pautan yang berkaitan yang dikehendaki. Senarai pautan ada dipamerkan di bahagian bawah laman.
Cikgu boleh salin clipart ke dalam ruang ingatan sementara komputer (clipboard) menggunakan arahan Copy. Untuk tampal ke dalam dokumen pemproses kata, gunakan arahan Paste.
Rajah 1: Tapak sesawang Free-Clipart-Pictures.net mengandungi banyak clipart yang disusun ke dalam kategori.
Cikgu boleh juga salin fail clipart ke dalam komputer menggunakan arahan Save File. Untuk salin fail clipart ke dalam komputer, ikut langkah berikut.
- Gerakkan penuding tetikus ke atas clipart yang ingin disimpan.
- Klik-kanan butang tetikus untuk pamerkan menu-pintas.
- Menu-pintas dipamerkan. Pilih opsyen Save Picture As (Rajah 2, Label 1).
Rajah 2: Arahan Save Picture As.
- Tetingkap Save Picture dipamerkan. Lihat Rajah 3 untuk rujukan. Pilih lokasi untuk simpan fail. Klik bebutang Save (Rajah 3, Label 1) untuk simpan fail.
Rajah 3: Tetingkap Save Picture. Bebutang Save dilabelkan 2.
Fail disimpan ke dalam komputer.
- Buka folder sasaran. Fail clipart yang disimpan dipamerkan.
Selain dari tapak sesawang yang dibincangkan, cikgu boleh dapatkan clipart percuma dari tapak sesawang berikut:
http://www.freeschoolclipart.com/
http://classroomclipart.com
http://www.ace-clipart
No comments:
Post a Comment