Friday, March 7, 2008

Pemula

Salam,
tahun ini saya mula aktif semula menulis buku yang ada kaitan dengan p&p. Blog ini dimulakan sebagai pencetus idea untuk cikgu serta pendidik yang ingin mencari bahan untuk p&p. Ada banyak bahan yang ditawarkan melalui Internet yang amat berguna dan memudahkan guru melakukan kerja. Saya berharap, blog ini dapat membantu guru mencari bahan, berkongsi maklumat serta memanfaatkan Internet dengan sepenuhnya.
Jika cikgu ada terjumpa tapak sesawang yang rasanya dapat membantu guru, kirimlah alamat tapak sesawang tersebut untuk dikongsi bersama. Cikgu boleh hantarkan maklumat tersebut melalui pautan komentar (comments) atau kirim ke e-mail saya.

No comments: